Khamis, 1 Oktober 2009

Komplikasi Pasca Pembedahan

Komplikasi pemberian anestesi secara langsung boleh menyebabkan nausca protacted dan muntah serta komplikasi yang lebih serius seperti aspirasi pneumonitis, kegagalan renal, dan disfungsi hati.

Bagi nausea dan muntah, ia biasanya berlaku kepada kanak-kanak. Peratus berlakunya keadaan ini antara 18 hingga 25 peratus. Keadaan nausea dan muntah yang paling teruk adalah disebabkan pemberian anesthesia dari fentanyl. Bagi mengawal keadaan muntah, boleh menggunakan ubat antimuntah tradisional yang merangkumi promethazine (histamin-reseptor antagonist), atropine (muscarinic-reseptor antagonist), dan droperidol (dopaminergic-reseptor antagonist). Ondansetron, tropisetron, dan granistron (sertonergic-reseptor antagonist) pula dikatakan sangat efektif dalam mengawal nausea dan muntah pasca pembedahan.

Bagi aspirasi Pneumonitis, ia melibatkan keadaan dan konsekuensi aspirasi paru-paru yang mengandungi kandungan gastrik yang berlaku ketika pembedahan. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya keadaan pesakit dalam keadan teruk seperti mengalami keadaan gastrointestinal.

Kegagalan Renal Dan Disfungsi Hati pula merujuk kepada kesan daripada hepatotoksik yang melibatkan metabolisme reduktif dengan produksi metabolit reaktif. Metabolisme ini mungkin mengawal respons imun yang menyebabkan necrosis hati. Keadaan ini dihubungkan dengan metabolisme dan durasi level Florida bebas yang sangat tinggi dalam darah. Toksik-toksik yang relevan akan ditapis untuk ginjal dan hati. Kesan yang sangat teruk tetapi jarang berlaku telah dilaporkan terjadi disebabkan penggunaan enfluran dan isofluran. Metabolisme sevofluran juga mempunyai potensi untuk menghasilkan nephrotorik fluoride. Manakala Sevofluran dan desfluran belum dinyatakan sebagai bahan yang boleh menyebabkan disfungsi hati.

Sabtu, 26 September 2009

Penggunaan Ubat-ubatan dalam anestesi

Dalam membius pesakit, doktor anestesi memberikan ubat-ubatan (suntik, hirup, ataupun melalui mulut) yang bertujuan menghilangkan rasa sakit (pain killer), menidurkan, dan membuat tenang (paraytic drug). Pemberian ketiga-tiga jenis ubat itu disebut triangulasi.
Pelbagai ubat bius yang digunakan dalam anestesi pada masa kini seperti:

  1. Thiopental (pertama kali digunakan pada tahun 1934)
  2. Benzodiazepine Intravena
  3. Propofol (2,6-di-isopropyl-phenol)
  4. Etomidate (suatu derifat imidazole)
  5. Ketamine (suatu derifat piperidine, dikenal juga sebagai 'Debu Malaikat'/'PCP' (phencyclidine)
  6. Halothane (d 1951 Charles W. Suckling, 1956 James Raventos)
  7. Enflurane (d 1963 u 1972), isoflurane (d 1965 u 1971), desflurane, sevoflurane
  8. Opioid-opioid sintetik baru - fentanyl (d 1960 Paul Janssen), alfentanil, sufentanil (1981), remifentanil, meperidine
  9. Neurosteroid

Jumaat, 21 Ogos 2009

Sejarah penciptaan bius

Anestesi atau pembiusan berasal dari bahasa Yunani an-"tidak, tanpa" dan aesthētos, "persepsi, kemampuan untuk merasa". Secara umum ia bererti suatu tindakan menghilangkan rasa sakit ketika melakukan pembedahan dan pelbagai prosedur lain yang menimbulkan rasa sakit pada tubuh. Istilah anestesi digunakan pertama kali oleh Oliver Wendel Holmes Sr pada tahun 1846.

Penciptaan anestesi bermula sejak penemuan eter([CH3CH2]2O) oleh seorang ahli kimia berbangsa Sepanyol, Raymundus Lullius pada tahun 1275.Eter adalah salah satu zat yang banyak digunakan sebagai anestesi dalam dunia perubatan sehingga ke hari ini. Lullius menamakan eter sebagai "sweet vitriol". Eter pertama kali disintesis oleh Valerius Cordus, ilmuwan dari Jerman pada tahun 1640. Kemudian seorang ilmuwan bernama W.G. Frobenius mengubah nama "sweet vitriol" menjadi eter pada tahun 1730. Sebelum penemuan eter, Priestly menemukan gas nitrogen-oksida pada tahun 1777. Pada 2 tahun kemudian, Davy menjelaskan kegunaan gas nitrogen-oksida dalam menghilangkan rasa sakit.

Sebelum tahun 1844, gas eter atau nitrogen-oksida banyak digunakan untuk pesta-pesta yang memabukkan. Mereka menamakannya sebagai "gas tertawa", kerana kesan dari menyedut gas ini membuat orang tertawa dan lupa segalanya.

Penggunaan eter atau gas nitrogen-oksida sebagai penghilang sakit dalam dunia perubatan sebenarnya sudah dimulai oleh Horace Wells sejak tahun 1844. Sebagai doktor gigi, ia menggunakan nitrogen-oksida sebagai penghilang rasa sakit kepada pesakitnya ketika dicabut giginya. Namun begitu usahanya yang mempersembahkan di depan mahasiswa perubatan John C. Warren di Hospital Umum Massachusetts, Boston gagal malah mendapat kritikan. Usahanya diteruskan William Thomas Green Morton.

Morton adalah salah seorang doktor gigi yang sempat buka klinik bersama Horace Wells pada tahun 1842. Ia lahir di Charlton, Massachusetts, Amerika Serikat pada tanggal 9 Agustus 1819. Pada usia 17 tahun, ia sudah merantau ke Boston untuk membuat kajian. Beberapa tahun kemudian ia mengambil pengajian perubatan gigi di Baltimore College of Dental Surgery. Morton meneruskan pengajiannya di Harvard pada tahun 1844 untuk memperoleh gelaran doktor. Namun kerana sukar untuk mendapatkan pembiayaan, ia tidak meneruskan pengajiannya. Pada tahun yang sama, ia berkahwin dengan Elizabeth Whitman dan kembali membuka klinik giginya. Ia berkonsentrasi dalam membuat dan memasang gigi palsu serta cabut gigi. Suatu pekerjaan yang memerlukan cara menghilangkan rasa sakit.

Morton berpendapat untuk menggunakan gas nitrogen-oksida dalam perubatannya sebagaimana yang dilakukan Wells. Kemudian ia meminta gas nitrogen-oksida daripada Charles Jackson, seorang ahli kimia ternama di sekolah kedoktoran Harvard. Namun Jackson menyarankannya supaya menggunakan eter sebagai pengganti gas nitrogen-oksida.

Morton mendapati kesan bius eter lebih kuat berbanding gas nitrogen-oksida. Bahkan pada tahun 1846 Morton mendemonstrasikan penggunaan eter dalam pembedahan di hospital umum Massachusetts. Ketika pesakit Warren sudah sedia, Morton mengeluarkan gas eter (atau disebutnya gas letheon) yang telah diletakkan dalam suatu bekas gas yang dipasang suatu alat seperti masker. Tidak sampai sesaat,pesakit yang mengidap tumor itu tidak sedar dan tertidur. Dokter Warren dengan berhati-hati melakukan pembedahan dan mengeluarkan tumor tersebut dari leher pesakitnya hingga pembedahan selesai tanpa sebarang komplikasi.

Tanggal 16 Oktober 1846, ia menjadi hari bersejarah bagi dunia perubatan. Demonstrasi Morton berhasil dengan baik dan mencetuskan penggunaan eter sebagai anestesi secara besar-besaran. Revolusi pembedahan bermula dan eter sebagai anestesi dipakai hingga ke saat ini. Ia bukanlah yang pertama kali menggunakan anestesia, namun berkat usaha Morton anestesia diakui dunia kedoktoran. Wajar jika Morton masuk dalam 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah dunia dalam buku yang ditulis William H. Hart.

Di balik kejayaan penggunaan anestesi dalam membius pesakit, para pengkaji lain mula tamak untuk memiliki dan mendapatkan penghasilan dari paten anestesi yang telah digunakan seluruh doktor di seluruh bagian dunia.

Berlakulah persengketaan di antara Morton, Wells, dan Jackson. Masing-masing mengatakan anestesi adalah hasil penemuan mereka. Di tempat berbeza, seorang doktor bernama Crawford W. Long telah menggunakan eter sebagai bahan anestesi sejak tahun 1842 empat tahun sebelum Morton memasarkan kepada masyarakat luas. Ia telah menggunakan eter di setiap operasi bedahnya. Sayang, ia tidak mempatenkan hasil penemuannyatetapi hanya mempraktikkan untuk pesakit-pesakitnya sahaja. Sementara ketiga-tiga doktor dan ilmuwan yang awalnya adalah tiga sahabat itu mula besar kepala, doktor Long tetap menjalankan tugasnya sebagai doktor bedah khas.

Wells, Morton, dan Jackson menghabiskan hidup mereka demi pengakuan dari dunia bahawa anestesi merupakan hasil penemuan mereka. Morton selama 20 tahun menghabiskan waktu dan wangnya untuk mempromosikan hasil temuannya itu. Ia mengalami masalah meskipun ia telah mendaftarkan hak patennya di lembaga paten Amerika Serikat (U.S. Patent No. 4848, November 12, 1846). Pada tahun 1847 dunia kedoktoran mengetahui, bahan yang digunakan adalah eter yang telah digunakan sejak abad 16, Morton tidak memiliki bukti yang kuat untuk mendapat keuntungan dari patennya. Jackson juga mengatakan dirinya berhak ke atas penemuan tersebut.

Ketika Akademi Kedoktoran Prancis menganugerahkan penghargaan Monthyon yang bernilai 5.000 frank di tahun 1846, Morton menolak untuk membahagikan dengan Jackson. Ia mengatakan, penemuan tersebut adalah miliknya. Sementara itu, Wells cuba membuat eksperimen dengan bahan lain (kloroform) sebagai bahan anestesi.

Selama bertahun-tahun Morton menghabiskan waktu untuk mendaftarkan patennya. Ia mula stres dan tidak mempedulikan lagi klinik giginya. Morton meninggal pada 15 Julai 1868 di usia 49 tahun di Hospital St. Luke's, New York. Begitu juga dengan Jackson yang meninggal dalam keadaan gila dan Wells yang meninggal dengan cara bunuh diri.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kepelbagaian Fungsi Bius

Sering saja orang fikir tentang pembedahan apabila bercakap mengenai bius. Namun begitu bius berfungsi dalam pelbagai aspek yang lebih luas. Ubat bius yang digunakan memiliki banyak jenis dan sediaan. Ada yang membuat bahagian tubuh tidak mempunyai tindak balas hingga membuat tidak sedar. Ia tidak hanya berfungsi untuk membuat orang tidak sedar ketika dibedah, tetapi untuk operasi lain ubat bius juga amat diperlukan.

Bagi anestesi lokal,ia digunakan untuk perawatan kecantikan seperti mencantik bibir, mencantikkan alis, khatan atau sunat kanak-kanak, mencabut gigi geraham terakhir atau gigi berlubang serta merawat luka terbuka yang disertai tindakan penjahitan. Ia adalah bagi menghilangkan rasa di kawasan tertentu yang akan dilakukan tindakan. Anestesi lokal ini bersifat ringan dan biasanya digunakan untuk tindakan yang hanya perlu waktu singkat.

Bagi anestesi regional pula ia adalah suntikan bius pada kawasan yang akan dibedah. Semasa pembedahan dibuat pesakit berada di dalam keadaan sedar, boleh bercakap, mendengar atau melihat sendiri bagaimana pembedahan dijalankan keatasnya tanpa berasa sakit. Contohnya pada tangan,kaki,operasi bedah usus dan wanita yang akan bersalin secara caesarean.

Anestesi umum melibatkan operasi pembedahan yang besar dan memerlukan masa yang panjang contohnya pembedahan jantung,otak dan pembedahan keatas tulang.

Risiko Dan Kesan Penggunaan Bius




Dalam sesuatu keadaan yang memerlukan pembedahan,seseorang itu perlulah berani ambil risiko. Risiko yang ingin diambil perlulah berdasarkan risiko yang telah dihitung. Kadang-kadang penggunaan bius ketika pembedahan boleh mendatangkan implikasi kepada pesakit.

Bagi kes berkhatan,bius juga digunakan. Sebelum berkhatan, pesakit perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan penilaian. Ini dapat membantu doktor menentukan sama ada perlu menggunakan ubat bius setempat sahaja atau bius penuh di samping memastikan kaedah khatan yang sesuai untuk pesakit. Ini dapat menilai sama ada kanak-kanak alaergi dengan ubat bius. Jika tidak memerlukan bius penuh, proses khatan akan mengambil masa kira kira setengah jam. Penggunaan bius ini dapat mengurangkan kesakitan kanak-kanak yang akan dikhatankan.

Bagi wanita yang mengandung,penggunaan bius boleh mendatangkan kesan kepada kandungan. Setiap kali mengandung ianya mempunyai risiko dan kebarangkalian yang berbeza mengikut kandungan untuk kali tersebut. Oleh itu, setiap kali mengandung ibu-ibu digalakkan mengetahui dan menjaga perkembangan kandungan mereka dan kesihatan diri mereka. Sekiranya sesuatu pembedahan dibuat semasa kandungan dalam peringkat trimester ke 2,kebanyakan kes selamat bagi kedua-dua ibu dan bayi tetapi terdapat juga risiko keguguran. Namun begitu sekiranya pembedahan dibuat ketika kandungan masih pra matang,ia boleh menjejaskan kepada bayi dan kemungkinan boleh keguguran.

Bagi wanita yang bersalin pula,teknik moden yang di pilih oleh pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin ialah teknik pembiusan epidural. Namun begitu tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kesakitan belakang. Posisi atau kedudukan ketika proses atau selepas pembedahan dalam keadaan yang boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik kerana bius menahan proses sensasi motor otot badan. Kesan sampingan yang biasa terjadi ketika epidural ialah penurunan tekanan darah dan susah untuk membuang air kecil. Oleh itu air kencing akan dikeluarkan melalui tiub. Kesan lain adalah luka dan pendarahan di tempat suntikan serta luka pada saraf akibat terkena jarum atau kateter epidural.

Ubat-ubatan ini mempunyai kesan terhadap sistem pernafasan, jantung, otak, buah pinggang, hati dan juga sistem otot-otot badan. kesan sampingan seperti tekanan darah menurun secara mendadak, sakit kepala, sakit belakang, pembiusan tidak menjadi atau tidak sepenuhnya, kelumpuhan pada sistem pernafasan atau reaksi alahan kepada ubat tersebut.

Rabu, 12 Ogos 2009

Penggunaan Bius Ketika Berpuasa

Hukum penggunaan bius ketika berpuasa sering saja diperkatakan sama ada oleh para ulama atau mufti-mufti. Ini kerana rata-rata masyarakat diluar sana musykil mengenainya. Menurut ulama dari Indonesia,apabila memasukkan sesuatu cecair ke dalam badan meskipun kerana terpaksa dan untuk penyembuhan, puasa seseorang itu adalah batal. Namun begitu,ubat-ubatan tertentu yang biasanya digunakan untuk penyembuhan sebahagian dari penyakit-penyakit wanita yang dimasukkan ke dalam tubuh, tidak akan mengganggu keabsahan puasa.

Sekiranya seseorang yang berpuasa membatalkan puasanya sendiri dengan paksaan dari selainnya (dengan kata lain, dipaksa untuk berbuka, seperti misalnya dengan mengatakan kepadanya jika kamu tidak makan maka aku akan mengambil harta atau nyawamu, dan dia makan dengan menggunakan tangannya sendiri untuk menghindari bahaya tersebut) maka puasanya batal. Sebaliknya jika kerana terpaksa demi memikirkan kesihatan,maka puasanya tidak batal.

Tetapi dalam kes penggunaan bius ketika berpuasa,ia adalah tidak batal. Sekiranya doktor menasihatkan seseorang itu untuk berbuka kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya,ia bukan dikira paksaan tapi terpaksa. Oleh itu seseorang itu boleh berbuka dan menggantikan puasanya dilain hari.

Sebahagian ulama Malaysia pula mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang dibulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Antara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibnu Hazm. Namun sesetengah ulama yang lain membatalkannya.Bagi saya hal ini melihat kepada keadaan seseorang,jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Suntikan pada otot,kulit dan urat nadi menurut pendapat ulama adalah tidak membatalkan puasa.Ini mengikut ulama Dr Fadhil Abbas,Dr Muhammad Hitu dan Dr Muhammad Basyir As-Syaqafah kerana jarum suntikan tidak mengandungi bahan makanan dan minuman.Jika hanya untuk mengubat ia adalah tidak batal.

Bagi kaedah bius melalui hidung pula ia tidak membatalkan puasa kerana gas yang masuk ke dalam hidung.Cuma yang menjadi isu di sini ialah BIUS MENYELURUH yang menggunakan suntikan pada urat nadi. Namun begitu Bius setempat tidak membatalkan puasa sebaliknya bius menyeluruh sekiranya melibatkan sepanjang hari boleh membatalkan puasa. Tetapi sekiranya pesakit sedar pada mana-mana bahagian tersebut,ianya dikira tidak membatalkan puasa.

Khamis, 6 Ogos 2009

Bius Bagi Kanak-kanak


Bagi kanak-kanak, saat yang paling menakutkan mereka ialah apabila mereka perlu tidur ketika pembedahan dilakukan. Walaupun masih kecil, mereka tahu pembedahan adalah satu prosedur ‘besar’ dan rumit di dalam bilik khas yang dipenuhi pelbagai peralatan.Sama seperti orang dewasa, melihat peralatan yang banyak itu saja sudah boleh menakutkan mereka.Mana-mana ibu bapa kan merasa resah apabila melihat anak kesayangan mereka disorong masuk ke dewan bedah. Keresahan yang mereka rasa sebenarnya bermula jauh lebih awal tatkala dimaklumkan si kecil perlu menjalani pembedahan bagi merawat penyakitnya. Namun, ibu bapa tidak boleh menunjukkan keresahan dan kebimbangan mereka di depan anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi jiwa dan semangat anak-anak.

Kanak-kanak bukan individu dewasa yang kecil. Tindak balas terhadap rawatan ditunjukkan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Sebarang ubat, termasuk ubat bius, yang hendak diberi perlu dikira dengan teliti mengikut nisbah berat badan pesakit. Bagaimanapun, bukan mudah untuk membuat kanak-kanak ini berasa selesa. Kaedah memberi kaunseling kepada orang dewasa sebelum pembedahan tidak dilakukan kepada kanak-kanak kerana mereka tidak faham. Kaunseling hanya akan diberi kepada ibu bapa atau penjaga untuk menenangkan hati mereka. Pesakit kanak-kanak akan ditemani ibu bapa ketika dibawa melawat ke bilik bedah supaya mereka tahu di situlah pembedahan yang akan dijalankan keatas mereka. Kita faham kebimbangan yang dirasai pesakit seisi keluarga. Ini sebabnya doktor dan pakar bius perlu membina hubungan baik dengan mereka.

Sebelum melakukan apa-apa pembedahan,sejarah kesihatan pesakit kanak-kanak perlu diselidik terlebih dahulu dan mereka perlu bebas daripada batuk sekurang-kurangnya selama dua minggu sebelum pembedahan dijalankan. Pakar bius akan menerangkan seluruh proses pembiusan, termasuk jenis bius yang digunakan, bagaimana ia bertindak dan berapa lama ia bertahan. Kebenaran ibu bapa amat diperlukan sebelum sebarang ubat bius diberi kepada pesakit. Bagi memudahkan ibu bapa, para doktor akan menulis semua maklumat seperti prosedur pembiusan, arahan di wad, keperluan berpuasa dan hasil pemeriksaan ke atas pesakit. Malah, ibu bapa boleh menghubungi doktor bedah atau pakar bius pada bila-bila masa jika ada kemusykilan terhadap pembedahan yang akan dijalankan keatas anak mereka.

Kanak-kanak yang sakit akan lebih sensitif terhadap persekiran mereka dan boleh mengesan jika ibu bapa mereka berasa sedih atau bimbang. Oleh itu para ibu bapa tiddak seharusnya menunjukkan keresahan mereka di depan si kecil kerana ia hanya membuatkan anak menjadi lebih takut. Ibu bapa perlu bersikap positif apabila berdepan si kecil. Pada masa sama, ibu bapa juga perlu bersedia menjawab pelbagai soalan yang mungkin dikemukakan oleh si anak. Ibu bapa perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mengatasi keadaan ini kerana apabila sering bersedih, ibu bapa tidak dapat memberi jawapan sebaik-baiknya. Persediaan pembiusan ada tiga peringkat iaitu sebelum, ketika dan selepas pembedahan. Tempoh pembedahan bergantung kepada penyakit setiap kanak-kanak, tetapi biasanya ia mengambil masa antara 30 hingga 45 minit. Pembedahan lebih besar dan rumit seperti jantung mengambil masa lebih lama sehingga beberapa jam. Kematian di bilik bedah mungkin akan berlaku. Oleh itu ibu bapa perlu bersedia dari segi mental dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Rabu, 5 Ogos 2009

Penjagaan Pesakit Ketika Pembedahan

Apa jua teknik bius yang digunakan, pesakit yang sedang dibedah hendaklah dijaga dengan sepenuh perhatian setiap masa. Malah, adalah menjadi kesalahan pakar bius meninggalkan pesakit semasa dalam pembiusan walaupun seminit kerana dalam tempoh beberapa saat pun sebarang kemungkinan boleh berlaku terhadap pesakit. Tekanan darah, tahap oksigen, nadi, suhu badan dan paras gula pesakit perlu dipantau setiap masa dengan menggunakan peralatan canggih dan terkini.

Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap pesakit serta-merta akan dikesan dan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.Apatah lagi jika pembiusan yang melibatkan pesakit yang teruk seperti kecederaan di kepala, pendarahan dalam perut atau dada, pesakit yang datang dengan pelbagai kecederaan atau pesakit yang dibius mengalami jangkitan kuman yang serius. Mereka ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi di bawah perhatian dua atau lebih pakar bius di bawah pemantauan yang lebih invasif.

Pendarahan yang teruk semasa pembedahan besar memerlukan kecekapan dan kemahiran yang tinggi daripada pakar bius.Oleh itu, pakar bius bertanggungjawab untuk memastikan cecair tubuh sama ada darah atau cairan garam sentiasa diganti mengikut keperluan pesakit setiap ketika. Begitu juga dengan fungsi organ-organ seperti buah pinggang, hati dan lain-lain, dijaga dan diawasi dengan teliti.

Kepakaran Dalam Membius Pesakit

Ramai yang takut bila mendengarkan perkataan bius. Itu belum lagi sebut perkataan "bedah". Bius dan bedah - kedua-duanya menggambarkan seseorang yang bertugas di dewan pembedahan dalam keadaan berpakaian menutupi kepala, hidung dan mulut.Sesetengahnya menganggap, dibius tidak ubah seperti menghampiri saat-saat kematian.Mereka takut tidak bangun untuk selama-lamanya. Sayangnya, mereka juga takut untuk bertanya doktor lebih lanjut tentang perkara ini.

Bagi yang sudah melaluinya, mereka mandakwa berada dalam keadaan separuh sedar dan mendengar butir-butir percakapan doktor dengan jururawat semasa pembedahan dibuat.Bagi pakar bius pula, perkara begitu tidak menjadi sesuatu yang pelik kerana sesetengah prosedur memerlukan pesakit sedar seketika dalam proses pembedahan bagi menilai keberkesanannya.

Bagi setiap pembedahan yang hendak dilakukan,pakar bius adalah sangat penting.Ini kerana mereka berperanan dalam memastikan pesakit berada dalam keadaan sepatutnya semasa menjalani pembedahan.Pakar anestetisia atau anestesiologis adalah gelaran yang diberikan kepada doktor pakar dalam bidang pembiusan. Mereka bertanggungjawab memastikan pesakit tidak berasa sakit dan selamat semasa mahupun selepas pembedahan.

Umumnya bidang tugas pakar bius terbahagi kepada 4 peringkat iaitu membius pesakit yang memerlukan pembedahan sama ada pembedahan kecemasan atau elektif. Menjaga serta merawat pesakit kritikal di ICU yang memerlukan alat sokong hayat seperti mesin pernafasan dan alat-alat pemantauan khusus atau berterusan, serta memerlukan ubat-ubatan tertentu yang tidak mungkin digunakan di wad-wad biasa. Merawat pesakit yang mengalami kesakitan akut atau kronik akibat pembedahan atau trauma atau, kesakitan semasa kelahiran dan juga akibat kesakitan kanser yang berpanjangan. Seterusnya sebagai resusitator iaitu yang berperanan bagi memulihkan kembali seseorang yang kelihatan telah mati kepada pesakit yang mengalami serangan cardiorespiratory.

Pembiusan biasanya dijalankan bermula sehari sebelum waktu pembedahan iaitu di mana pakar bius wajib melawat para pesakit yang memerlukan pembedahan.Ini bagi memastikan para pesakit yang akan menjalani pembedahan selamat, semasa dan juga selepas pembedahan. Lawatan ini amat penting dan mesti dijalankan oleh doktor yang akan memberi pembiusan.Adalah menyalahi etika kedoktoran sekiranya doktor memberi pembiusan tanpa terlebih dahulu melawat atau memeriksa pesakit. Adalah satu kesalahan sekiranya doktor membiuskan pesakit tanpa terlebih dahulu melawat atau memeriksa pesakit kerana sesetengahnya mungkin mempunyai kesan interaksi yang bahaya dengan ubat pembiusan. Selain perubatan, pakar bius juga memerlukan pengetahuan mendalam tentang bidang farmakologi dan bidang2 yang berkaitan.

Ahad, 12 Julai 2009

Konsep Bius


Anestetik atau dalam bahasa mudahnya, bius amat biasa digunakan dalam pembedahan besar ataupun kecil. Menurut Pakar Runding Anestetik, Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, Dr. Abd. Hakim Mohamad, ubat bius dihasilkan daripada dadah jenis barbiturat, benzodiazepins atau ketamine tetapi dalam dos yang dibenarkan. Risiko akibat bius selalunya berlaku disebabkan beberapa keadaan seperti penyaluran oksigen yang tidak mencukupi kepada pesakit.

Selain itu, pesakit yang terlalu sensitif dengan ubatan akan mengalami kesan sampingan seperti ‘tidur’ yang boleh mencecah sehingga beberapa hari serta kebingungan. Menurut Dr.Abd.Hakim Mohamad lagi, "selagi ubat bius itu tidak keluar melalui saluran kencing, pesakit akan tidur. Lama atau singkat bergantung kepada keadaan tubuh pesakit", katanya yang juga mengakui kaedah pembiusan setempat merupakan alternatif terbaik dalam kebanyakan kes pembedahan separa kritikal.

Sebenarnya, dos yang diberikan cukup untuk membuatkan bahagian yang perlu dibedah, kebas dan seterusnya langsung tiada rasa sakit. Bius juga menyebabkan semua otot mengendur, begitu juga fikiran. Ini memudahkan doktor mengawal tubuh pesakit. Terdapat dua kaedah bius yang biasa digunakan antaranya anestetik umum. Kaedah ini merujuk kepada bius seluruh badan pesakit. Ia digunakan bagi pembedahan major yang melibatkan bahagian kepala seperti membuang darah beku, kanser di bahagian perut, dada atau pembuangan apendiks yang telah pecah. Seterusnya anestetik setempat iaitu melibatkan pembedahan separa kritikal seperti patah anggota tangan dan kaki, serta ketumbuhan kecil. Terdapat beberapa anestetik setempat antaranya Analgesia iaitu pesakit dibiuskan secara keseluruhan namun masih mampu memberi respons khusus terhadap ulangan atau simulasi kesakitan. Pesakit kadangkala tidak mampu bernafas. Seterusnya analgesia separuh iaitu ubat bius yang diberikan tetapi pesakit mampu memberi respons kepada arahan verbal. Seterusnya Anxiolysis yang merujuk kepada bius tahap sederhana yang membolehkan pesakit bertindak balas pada arahan lisan secara normal walaupun konsentrasi, memori dan koordinasi tidak seimbang. Pesakit juga tidak memerlukan bantuan pernafasan.