Rabu, 12 Ogos 2009

Penggunaan Bius Ketika Berpuasa

Hukum penggunaan bius ketika berpuasa sering saja diperkatakan sama ada oleh para ulama atau mufti-mufti. Ini kerana rata-rata masyarakat diluar sana musykil mengenainya. Menurut ulama dari Indonesia,apabila memasukkan sesuatu cecair ke dalam badan meskipun kerana terpaksa dan untuk penyembuhan, puasa seseorang itu adalah batal. Namun begitu,ubat-ubatan tertentu yang biasanya digunakan untuk penyembuhan sebahagian dari penyakit-penyakit wanita yang dimasukkan ke dalam tubuh, tidak akan mengganggu keabsahan puasa.

Sekiranya seseorang yang berpuasa membatalkan puasanya sendiri dengan paksaan dari selainnya (dengan kata lain, dipaksa untuk berbuka, seperti misalnya dengan mengatakan kepadanya jika kamu tidak makan maka aku akan mengambil harta atau nyawamu, dan dia makan dengan menggunakan tangannya sendiri untuk menghindari bahaya tersebut) maka puasanya batal. Sebaliknya jika kerana terpaksa demi memikirkan kesihatan,maka puasanya tidak batal.

Tetapi dalam kes penggunaan bius ketika berpuasa,ia adalah tidak batal. Sekiranya doktor menasihatkan seseorang itu untuk berbuka kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya,ia bukan dikira paksaan tapi terpaksa. Oleh itu seseorang itu boleh berbuka dan menggantikan puasanya dilain hari.

Sebahagian ulama Malaysia pula mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang dibulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Antara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibnu Hazm. Namun sesetengah ulama yang lain membatalkannya.Bagi saya hal ini melihat kepada keadaan seseorang,jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Suntikan pada otot,kulit dan urat nadi menurut pendapat ulama adalah tidak membatalkan puasa.Ini mengikut ulama Dr Fadhil Abbas,Dr Muhammad Hitu dan Dr Muhammad Basyir As-Syaqafah kerana jarum suntikan tidak mengandungi bahan makanan dan minuman.Jika hanya untuk mengubat ia adalah tidak batal.

Bagi kaedah bius melalui hidung pula ia tidak membatalkan puasa kerana gas yang masuk ke dalam hidung.Cuma yang menjadi isu di sini ialah BIUS MENYELURUH yang menggunakan suntikan pada urat nadi. Namun begitu Bius setempat tidak membatalkan puasa sebaliknya bius menyeluruh sekiranya melibatkan sepanjang hari boleh membatalkan puasa. Tetapi sekiranya pesakit sedar pada mana-mana bahagian tersebut,ianya dikira tidak membatalkan puasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan