Khamis, 13 Ogos 2009

Risiko Dan Kesan Penggunaan Bius




Dalam sesuatu keadaan yang memerlukan pembedahan,seseorang itu perlulah berani ambil risiko. Risiko yang ingin diambil perlulah berdasarkan risiko yang telah dihitung. Kadang-kadang penggunaan bius ketika pembedahan boleh mendatangkan implikasi kepada pesakit.

Bagi kes berkhatan,bius juga digunakan. Sebelum berkhatan, pesakit perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan penilaian. Ini dapat membantu doktor menentukan sama ada perlu menggunakan ubat bius setempat sahaja atau bius penuh di samping memastikan kaedah khatan yang sesuai untuk pesakit. Ini dapat menilai sama ada kanak-kanak alaergi dengan ubat bius. Jika tidak memerlukan bius penuh, proses khatan akan mengambil masa kira kira setengah jam. Penggunaan bius ini dapat mengurangkan kesakitan kanak-kanak yang akan dikhatankan.

Bagi wanita yang mengandung,penggunaan bius boleh mendatangkan kesan kepada kandungan. Setiap kali mengandung ianya mempunyai risiko dan kebarangkalian yang berbeza mengikut kandungan untuk kali tersebut. Oleh itu, setiap kali mengandung ibu-ibu digalakkan mengetahui dan menjaga perkembangan kandungan mereka dan kesihatan diri mereka. Sekiranya sesuatu pembedahan dibuat semasa kandungan dalam peringkat trimester ke 2,kebanyakan kes selamat bagi kedua-dua ibu dan bayi tetapi terdapat juga risiko keguguran. Namun begitu sekiranya pembedahan dibuat ketika kandungan masih pra matang,ia boleh menjejaskan kepada bayi dan kemungkinan boleh keguguran.

Bagi wanita yang bersalin pula,teknik moden yang di pilih oleh pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin ialah teknik pembiusan epidural. Namun begitu tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kesakitan belakang. Posisi atau kedudukan ketika proses atau selepas pembedahan dalam keadaan yang boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik kerana bius menahan proses sensasi motor otot badan. Kesan sampingan yang biasa terjadi ketika epidural ialah penurunan tekanan darah dan susah untuk membuang air kecil. Oleh itu air kencing akan dikeluarkan melalui tiub. Kesan lain adalah luka dan pendarahan di tempat suntikan serta luka pada saraf akibat terkena jarum atau kateter epidural.

Ubat-ubatan ini mempunyai kesan terhadap sistem pernafasan, jantung, otak, buah pinggang, hati dan juga sistem otot-otot badan. kesan sampingan seperti tekanan darah menurun secara mendadak, sakit kepala, sakit belakang, pembiusan tidak menjadi atau tidak sepenuhnya, kelumpuhan pada sistem pernafasan atau reaksi alahan kepada ubat tersebut.

8 ulasan:

  1. Salam, saya ade dengar sekiranya dibius penuh ketika pembedahan semasa bersalin, kesannye akan jadi pelupa..betul ke?? sebab saya 3x dibius penuh atas sebab2 yg tak dpt dielakkan semasa bersalin dulu..mohon penjelasan ye..Tkasih.
    Azura

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya beberapa bulan lepas kena bedah, jawapan saya ya kesan bius boleh terjadi kpd perkara tersebut iaitu akan jadi pelupa..

      Padam
  2. saya telah diansihatkan untuk mengambil epidural semasa proses cervical cerclage..akibatnya saya mengalami sakit pinggang yang kronik selepas pembedahan

    BalasPadam
  3. Semasa mngndung sy mngalami keguguran. Sblm cuci rahim sy di bius separuh bdn..kaki kebwh..slps bberapa mggu sy mngalami kegataln spruh bdn..adakh itu tnda alahan dr ubat bius tu..

    BalasPadam
  4. Semasa mngndung sy mngalami keguguran. Sblm cuci rahim sy di bius separuh bdn..kaki kebwh..slps bberapa mggu sy mngalami kegataln spruh bdn..adakh itu tnda alahan dr ubat bius tu..

    BalasPadam
  5. nak Tanya, IBU sy pernah suntik bius untuk melahirkn sya.. tp tetiap tahun (on my bday) mak I dapati sejenis ketul yg nmpk sbgai mata .. n kna surgeri tetiap tahun.. sya dh 23 tahun tp smpai skrg mak i seksa dgn ni.. pls gv a opinion

    BalasPadam
  6. saya baru melahirkan bius sepenuh badan alahan gatal yg teruk apakah ubat yg sesuai tuk hentikan alahan tersebut

    BalasPadam
  7. Ibu saya kerap menjalani pembedahan di kaki.setiap kali pembedahan akan di bius separuh badan.apakah kesan jangka masa panjang jika kerap kali menerima bius

    BalasPadam